October 10, 2010: DAY ONE: BUILDING A SHARED FUTURE

October 10, 2010: DAY ONE: BUILDING A SHARED FUTURE

Menerusi laman jaringan social Facebook, sebanyak 10 buah negara termasuk Malaysia, Singapura dan Jepun mengambil bahagian bekerjasama untuk Day 1: Building a Shared Future. Misi 2010 ialah kesejahteraan sejagat dari sudut alam sekitar iaitu program menghijaukan bumi untuk mengatasi pemanasan global. 

 Justeru, Belum Outdoor Adventure (BOA) yang terlibat dengan konservasi and eko-pelancongan di Gerik, Perak telah mengambil inisiatif ‘hijau’ bersama-sama dengan warga komuniti yang prihatin. Bagi pengasas BOA iaitu Hisham Yusof dan Azian Arif, program kesedaran dan pemuliharaan khazanah hutan semulajadi seperti Taman Negeri Diraja Belum penting sebagai warisan tidak ternilai buat generasi akan datang.

Azian Arif bersama-sama pelajar menanam pokok merawan siput jantan yang sesuai ditanam di lereng bukit, dijadikan sebagai teduhan dan berbentuk kon. Mempunyai resin, pokok ini tidak digemari oleh haiwan.

Bertempat di SK Mahkota Sari, para pelajar lepasan UPSR berpeluang untuk mempelajari tentang kempen harimau atau TX2. Hutan merupakan habitat ‘pak belang’ yang penting dari segi ekologi (sumber oksigen), budaya (Jata Negara)  dan moral (menyayangi haiwan).

Guru Besar Puan Badariah Haji Mat Dom berbangga diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah kepada pokok kayu berharga seperti cengal, merbau, meranti tembaga, merawan siput jantan dan keruing yang telah disumbangkan oleh Jabatan Hutan Hulu Perak. Beliau menyokong padu usaha seperti ini dan memberi tunjuk ajar ketika para pelajar diberi tugasan secara berkumpulan dan menanam pokok di kawasan sekolah. Sebelum ini, pihak sekolah turut menyumbang kepada kadar oksigen persekitaran dengan menjayakan Taman Herba. Kini, para pelajar berpeluang pula untuk mengenal pokok hutan secara dekat.

“Begini caranya,” kata Puan Khairiah Kadir sambil memberikan pendidikan ‘hands-on’ menanam pokok merbau yang batangnya sesuai dijadikan tiang-tiang rumah.

Puan Badariah berharap jalinan networking dengan institusi pendidikan antarabangsa untuk saling berkongsi pengalaman dan aktiviti boleh dimanfaatkan oleh semua pihak.

Pada sebelah petang 10-10-10 pula, program Day 1: Building a Shared Future. diteruskan di Kolej Komuniti Gerik. Tuan Haji Zairon bin Mustapha, Pengarah Kolej Komuniti Gerik ketika ditemui berkata “kita perlu menghargai dunia ini kerana ianya merupakan pinjaman daripada generasi akan datang.”

Selain itu, usaha penanaman pokok selain untuk menyejukkan mata memandang dan menyamankan suasana, kolej juga berperanan untuk mendidik dan menyedarkan komuniti tentang bahaya pemanasan global.

Warga Kolej Komuniti Gerik yang meluangkan masa untuk menjamin kesejahteraan alam sejagat menerusi aktiviti penanaman pokok di peringkat Asia.

Seramai 20 staf dengan keluarga masing-masing memupuk silaturrahim di samping menanam pokok buah-buahan dan jenis kayu berharga. Terdapat pokok ciku, nangka madu dan limau yang ditanam di sekitar kolej yang boleh dinikmati bersama-sama beberapa tahun lagi.

Sememangnya penduduk Hulu Perak bangga dengan Taman Negeri Diraja Belum memiliki pelbagai spesis flora dan fauna. Hutan hujan tersebut dikatakan berusia 130 juta tahun.  Selain itu, usaha tanam semula giat dilakukan oleh pembalak-pembalak di sekitar Hulu Perak kerana ini merupakan antara kesedaran dan usaha untuk memelihara ekosistem semulajadi.

Day 1: Building a Shared Future merupakan titik permulaan untuk usaha murni. Namun program seumpama ini tidak mungkin dijayakan tanpa kerjasama pelbagai pihak. Sekalung perhargaan buat semua yang menjayakan program tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: