Not To Be Missed Series: Pasar Tani Gerik, Every Tuesday

Kuih-muih tempatan

(In Bahasa Malaysia) Salah satu aktiviti yang harus dilakukan oleh setiap pengunjung ke Bandar Gerik ialah melawat Pasar Tani pada setiap hari Selasa. Macam-macam ada. Peralatan kebun, alat-alat hiasa wanita, barang-barang plastik, sayur-sayuran tempatan, ikan air tawar dan ikan air masin, daging, ayam, ulam-ulaman, makanan ringan sehinggalah haiwan ternakan seperti anak burung puyuh, anak ayam dan anak itik.

Nenas

Bermula pagi seawal 7 pagi, penjual-penjual akan mula menaikan khemah jualan sejak malam sebelumnya. Kebanyakan produk-produk yang di jual adalah produk-produk tempatan dan ada juga daripada negara jiran, Thailand. Kuih-muih tempatan begitu menyelerakan. Ada nasik lemak, nasi dagang, nasi kerabu, kuih karipap, kuih keria, kuih lopes, dan bermacam lagi yang mana kalau penulis menyenaraikan kesemua yang ada, penulis pun akan meleleh air liur sebelum sempat habis menulis.

Sayur-sayuran tempatan

Sayur-sayuran yang dijual sungguh segar, nenas hanya rm2 sebiji! Terung, cili merah, cili hijau, sawi, kobis, semuanya segar-segar belaka. Namun harus diingatkan supaya membasuh dengan teliti sebelum dimasak, takut ada racun serangga berlebihan.

Sayur-sayuran tempatan

Ulam-ulam tempatan juga banyak di Pasar Tani ini, diantaranya ialah pucuk paku, pucuk selon, petai, kerdas (orang Gerik panggil kenuak), ulam raja, umbut keladi, dan berbagai-bagai ulam lagi yang penulis pun kena tanya penjual, sebab belum mahir bab ulam ni.

Bahan-bahan kering juga ada dijual disini sepertiikan kering, udang kering, sotong kering dan ikan pekasam.

Ikan Kering

Produk-produk lain seperti ikan air tawar, ikan laut, daging dan ayam adalah yang menjadi produk utama setiap kali Pasar Tani ini dibuka pada setiap hari Selasa.

Buah-buahan tempatan

Buah-buahan, pokok-pokok bunga dan pokok-poko buahan yang lain juga boleh didapati di sini. Lawatan pengunjung ke Pasar Tani ini pada hari Selasa adalah satu kemestian. Adalah tidak lengkap kunjungan anda ke Bandar Gerik tanpa melawat Pasar Tani Mega di sini.

BOA Team

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: